Wednesday, February 2, 2011

Urusan pengeluaran KWSP akaun 2 untuk membeli rumah baru

Posting kali ini adalah untuk berkongsi pengalaman aku sebagai pembeli rumah baru berurusan dengan pihak KWSP untuk mengeluarkan duit dari akaun 2 untuk membantu aku membayar deposit rumah.

Kredit aku berikan untuk pegawai KWSP cawangan Kajang (sebelah perhentian bas Kajang) yang melayan kami (aku dan mem) dengan ramah walaupun pelanggan ramai tak ingat (terutama Cik/Puan Dania – kaunter no.3). Maklumla semalam adalah cuti hari Wilayah. Jadi orang-orang yang kerja kat KL macam aku akan gunakan cuti ini untuk menyelesaikan pelbagai urusan.

Rumah yang kami beli menggunakan dua nama iaitu aku dan mem aku baik pinjaman bank (joint loan) dan SnP (Perjanjian Jualbeli rumah). Jadi aku dan mem aku, kedua-duanya layak untuk keluarkan duit dari akaun 2.

Prosedurnya amat mudah tambahan pegawai KWSP memang sangat membantu dalam hal ini.

  1. Isi borang Pengeluaran untuk membeli rumah baru (boleh dapat kat cawangan KWSP atau download dari website diorang)
  2. Salinan IC (gambar depan dan belakang dalam satu page)
  3. Salinan buku bank atau statement bank (Diorang akan masukkan duit dalam akaun ni)
  4. Salinan sijil nikah (dalam kes aku tak perlu, sebab nama aku dan mem aku ada dalam kedua-dua Surat tawaran pinjaman dari bank dan SnP.
  5. Salinan surat tawaran pinjaman dari bank.
  6. Salinan SnP
  7. Jangan lupa bawa dokumen asal untuk semua salinan.

Bila sampai kat situ, macam biasa la kita kena ambil nombor giliran dulu. Pegawai kat situ akan check dulu dokumen kemudian akan bagi nombor giliran (jarak no aku dengan no waktu tu dalam 8 orang).

Bila nombor dah dipanggil (selepas 30 minit menunggu) pegawai kat kaunter akan check dan mengesahkan semua dokumen. Masa ni diorang akan check satu-satu. So janganla buat perangai terlupa bawa dokumen asal.

Lepas semua dah disahkan dan cap jari kita pun lepas kat sistem, kita tunggu je la duit tu masuk kat akaun bank kita. Menurut Cik/Puan Dania tu dalam masa maksimum 15 hari kerja.

Pengalaman member aku, tak sampai seminggu dah masuk duit. Hopefully kitaorang punya pun takde masalah and this time post will help you guys!

3 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam, balas ziarah dr Istanbul. Tima kasih lawat blog teman tadi. Ya, akak pun ada pengalaman kuarkan duit dr KWSP sbb dah 50 tahun. Bawak IC dan salinan dan isi borang. Bagi kat counter. Siap dia check dlm 5 minit. Dalam seminggu masuk. Memang dalam seminggu! Inilah perkhidmatan kaunter yg paling customer-friendly dan cekap dan cepat (berkaitan duit) pernah teman alami!

matjep said...

beli ker umah kat TPS2 tu

saya pun dah samabq 1

cuba tengok nih

http://www.facebook.com/profile.php?id=100002163564286

selamat berjiran

tq

Anonymous said...

Terima kasih kerana berkongsi pengalaman. Dpt jd panduan kpd mereka yg baru first time nak keluarkan wang kwsp. Baik utk org yg xde pengalaman mcm saya ni.. hehe