
Thursday, November 26, 2009
Monday, November 23, 2009
Kisah SaPRi...seorang rakan lama
Dia mahu menolong saja
Tidak sangka begini jadinya
Itulah SaPRi...seorang rakan lama
Memang dia rajin budaknya
Tapi sayang, tidak kena gaya
Kasihan SaPRi...seorang rakan lama
Macam-macam sudah diusaha
Namun bertambah serabut jadinya
Bodohnya SaPRi...seorang rakan lama
Konon mahu tunjuk kuasa
Lain disuruh, lain dibuatnya
Degilnya SaPRi...seorang rakan lama
Konon itu bukan salahnya
Habis diketuk sini-sana
.
Thursday, November 12, 2009
Cinta dan sisi masyarakat
Apakah kalimat cinta?
Barangkali si kecil akan berkata
”Ada hadiah untuk kamu”
.
Cuba tanya si remaja itu
Apakah kalimat cinta?
Barangkali si remaja akan berkata
”I love you”
.
Cuba tanya si isteri itu
Apakah kalimat cinta?
Barangkali si isteri akan berkata
”Ini belanja untuk sayang”
.
Cuba tanya si suami itu
Apakah kalimat cinta?
Barangkali si suami akan berkata
”Ini kopi untuk abang”
.
Cuba tanya si penghibur itu
Apakah kalimat cinta?
Barangkali si penghibur akan berkata
”Ini anugerah untuk kamu”
.
Cuba tanya si wakil rakyat itu
Apakah kalimat cinta?
Barangkali si wakil rakyat akan berkata
”Kami semua undi YB”
.
Cuba tanya si pujangga itu
Apakah kalimat cinta?
Sudah tentu si pujangga akan berkata
”Bismillahirrahmanirrahim”
.
.
Wednesday, November 11, 2009
Solat terakhir

Hatim berkata, 'Apabila masuk waktu SOLAT aku berwuduk zahir dan batin.'
Isam bertanya, 'Bagaimanakah WUDUK zahir dan batin itu?.'
Hatim berkata, 'Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:-
- Bertaubat
- Menyesali dosa yang telah dilakukan
- Tidak tergila-gilakan dunia
- Tidak mengharap pujian
- Tinggalkan sifat bangga
- Tinggalkan sifat khianat dan menipu
- Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata:
'Kemudian aku pergi ke MASJID aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap ke kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan ALLAH, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal Mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.'
Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.' Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Sampaikanlah walau pun satu ayat.
.
Tuesday, November 10, 2009
Berpegang kepada Ahli Sunnah, elak Wahabi cetus konflik ummah
KITA mulakan tulisan ini dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, pegangan dan amalannya. Mengenai Ahli Sunnah tidak perlu kita berbicara panjang sebab ia diketahui umum. Kalau hendak disebut pun kita boleh membuat beberapa kenyataan seperti istilah itu diterima pakai oleh ulama sejak awal dengan Imam Tahawi, al-Asyari, Abu Hanifah, Imam Syafie, Baqillani, Baghdadi, al-Ghazali, al-Nawawi dan seterusnya sampai kepada Waliyullah al-Dihlawi dan Said Nursi bahkan Syeikh Hasan al-Banna dan Said Hawwa.
.
Bagaimanapun, boleh disebut bahawa istilah itu dalam hadis Nabi SAW yang dinukil dalam ‘al-Milal wa al-Nihal’ oleh al-Shahrastani dan juga dalam hadis al-Tabarani.
.
Mengenai pegangan, kita hanya boleh sebut secara ringkas iaitu Ahli Sunnah berpegang kepada Rukun Iman yang enam, Rukun Islam yang lima, berpegang kepada ajaran akidah Imam al-Asyari dan Maturidi dan yang mengikuti mereka sampai masa kini; mereka beriman mengenai Allah memiliki sifat sempurna tidak terhisab, tetapi sekurang-kurang perlu diketahui semua orang ialah sifat ada, sedia kala, kekal, tidak menyerupai semua yang baru, berdiri sendiri, Maha Esa, hidup, mengetahui, berkehendak, mendengar, melihat dan berkata-kata dengan kalam-Nya yang kadim dan azali tidak menyerupai makhluk dalam semua perkara. Zat-Nya tidak seperti zat makhluk, perbuatan-Nya tidak seperti makhluk.
.
Kalau sesiapa mengatakan ia mempunyai sifat makhluk atau menyerupai makhluk, maka ia terkeluar daripada iman. Sebab itu Imam Tahawi, Syafie, Abu Hanifah dan seterusnya menyebut Ia tidak bertempat, tidak tertakluk oleh masa, tidak berada dalam ruang.
Tidak boleh dikatakan Tuhan berada di atas, di bawah, di kanan, atau di kiri, di belakang atau di hadapan, sebab ia tidak berpihak.
.
Dalam Ahli Sunnah, ayat al-Quran dan hadis nabi yang menyebut sifat Allah seperti sifat makhluk, maka disuruh kita sama ada menerima seperti asalnya (tafwidh) menyerahkan erti hakikinya kepada Allah SWT, atau mentakwilkannya dengan sifat yang layak dengan-Nya.
Ini dilakukan umpamanya oleh penghulu orang Salaf al-Tabari.
.
Orang Wahabi menerimanya secara literal dan hakiki, kalau disebut Tuhan ada tangan, tanganlah, kalau kaki, kakilah, kalau jari maka jarilah. Ini membawa kepada menyerupakan Allah dengan makhluk. Nauzu billahi min zalik.
.
Seperkara lagi mereka membahagikan tauhid kepada tiga, tauhid Rububiah, tauhid Uluhiah, dan tauhid Asma Wassifat. Setiap satunya terasing daripada yang lain.
.
Rububiah ertinya tauhid mengakui Tuhan Pencipta Alam, Esa, Berkuasa dan lainnya, tauhid Uluhiah ertinya menyembah-Nya dan taat kepada-Nya. Maka dengan skema ini, mereka boleh berkata Abu Jahal itu ahli tauhid dan ikhlas tauhidnya lebih daripada orang yang mengucap ‘Lailahailallah’.
.
Dengan skema ini juga mereka mengkafirkan orang yang berdoa meminta keberkatan di makam salihin dan anbia dan bertawassul dengan mereka. Ini pula satu tajuk yang tersendiri huraiannya.
.
Mengenai nabi, Ahli Sunnah mengajarkan, anbia ada sifat maksum (tidak berdosa), apa lagi Nabi Muhammad SAW dan mereka mempunyai sifat benar, amanah, menyampai kebenaran, dan bijaksana; mereka manusia yang makan dan minum serta berkahwin, tetapi mereka sempurna kerana itu diturunkan wahyu kepada mereka oleh Tuhan.
.
Ini diikuti dengan iman mengenai malaikat, akhirat (termasuk nikmat dan azab kubur), dan qada dan qadar yang menentukan segalanya ialah Allah, manusia diperintah berusaha dan berikhtiar dalam perkara yang baik dan mengelak daripada perkara yang jahat.
.
Ahli Sunnah mengajarkan kewajipan mengucap syahadah dengan yakin ertinya, menjalankan sembahyang lima waktu, melakukan puasa, menunaikan zakat dan menunaikan haji bagi mereka yang berkemampuan.
.
Ia mengajarkan kewajipan menunaikan nazar dan sumpah. Ia mengajarkan membaca al-Quran, lebih-lebih lagi dengan mengerti ertinya, melakukan zikir mengingati Allah dan berdoa kepada-Nya. Ia mengajarkan manusia bersangka baik terhadap Allah SWT dan jangan bersangka buruk terhadapnya.
.
Ahli Sunnah mengajarkan bahawa dosa besar ialah sihir, mencuri, berzina, berjudi, membuat sumpah palsu, memakan rasuah, memakan riba, yang terbesar ialah syirik yang berupa dosa yang tidak terampun, melainkan sebelum mati orang yang berkenaan bertaubat dan kembali kepada tauhid. Seseorang yang beriman tidak menjadi kafir dengan melakukan dosa bagaimana besar sekalipun, ia menjadi kafir hanya kerana kufur iktikad, kata-kata atau perbuatannya seperti ia menyembah berhala, kecuali ia dipaksa seperti diancam bunuh.
.
Orang Wahabi boleh menghukum orang kafir kerana dosa, bahkan kerana bertawassul di kubur nabi dan yang sepertinya.
.
Ahli Sunnah mengajarkan bahawa amalan orang hidup sampai kepada orang mati, baik dalam rupa bacaan seperti bacaan al-Quran, bertasbih, berdoa, bersedekah, dan amalan lain asalkan diniatkan untuk orang yang mati itu; kalau anak jika tidak diniatkan pun amalan itu sampai kepada kedua-dua ibu bapanya kerana ia lahir kerana mereka. Fahaman Wahabi mengatakan amalan orang hidup tidak sampai kepada orang mati.
.
Ahli Sunnah Wal-Jamaah mengajarkan Muslimin wajib taat kepada ulil-amri mereka, tidak boleh derhaka atau keluar menentang mereka, melainkan mereka itu kafir. Orang Wahabi tidak sedemikian sebab itu mereka menentang dan memberontak menentang Sultan Othmaniah dan wakilnya, tetapi mereka berbaik dengan British dan Perancis seperti yang jelas dalam sejarahnya. Ahli Sunnah mewajibkan memberi nasihat yang baik dan ikhlas kepada ulil-amri bukan memberontak. Tidak ada teori memberontak dalam Ahli Sunnah.
.
Dalam Ahli Sunnah, ulamanya mengajarkan bidaah ada yang baik dan ada yang buruk, tetapi Wahabi mengajarkan semua bidaah tidak dibolehkan; talkin, berwirid ramai-ramai selepas sembahyang, qunut subuh, tahlil arwah, majlis Maulud Nabi dan membaca Yassin pada malam Jumaat.
.
Banyak lagi perbezaan antara fahaman Wahabi dan Ahli Sunnah jika mahu diperkatakan. Hakikatnya kita melihat fahaman Wahabi berlainan daripada pegangan dan amalan Ahli Sunnah dan kita tidak boleh membiarkan orang Islam di negara ini terpengaruh dengannya kerana banyak implikasi negatifnya.
.
Berwaspadalah. Wallahualam.
Wednesday, November 4, 2009
Alahai Dr Asri...
http://islam.perlis.gov.my/index_files/penguatkuasa.htm
.
Bil29 Seksyen33
Mengajar agama tanpa kebenaran.
Denda RM1,000 @ Penjara 6 bulan @ kedua-duanya
.
Bil30 Seksyen34
Mengajar @ menjalankan sesuatu istiadat yang bertentangan dengan hukum syarak yang diamalkan di negeri Perlis.
Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya
.
Di negeri beliau sendiri pun dimana Dr. Asri pernah menjadi mufti punya undang-undang yang memerlukan kebenaran untuk mengajar agama.
.
Sebagai bekas mufti, sepatutnya beliau arif dan sedar mengenai peraturan ini waima berada di negeri lain sekalipun.
.
Pada saya, sebenarnya tiada ”tangan ghaib” atau ”konspirasi”. JAIS hanya menjalankan tugas sama seperti operasi-operasi sebelum ini.
.
Mengenai kehadiran polis? Sedangkan operasi pencegahan maksiat yang melibatkan 2 orang pun kadang-kadang melibatkan polis, inikan pula operasi yang melibatkan beratus orang.
.
Saya cuba meletakkan pemikiran saya sekiranya saya mengetuai operasi tersebut.
.
Apa jaminan keselamatan untuk anak-anak buah (pegawai JAIS) saya yang seramai 30 orang itu untuk berhadapan dengan 100 orang yang sedang mengikuti ceramah tersebut?
.
Bagaimana sekiranya berlaku sesuatu yang buruk? Misalnya 100 orang itu berkeras tidak mahu memberi kerjasama lalu terjadi sesuatu yang tidak diingini?
.
Jadi, apa yang peliknya mengenai kehadiran polis di tempat kejadian.
.
Sebenarnya penahanan beliau menjadi gempar kerana beliau seorang yang terkenal dan pemimpin tertinggi negara pun mengambil bahagian mengulas mengenai penahanan itu. Itu sahaja.
.
Alahai Dr Asri... hendak bernikah (sesuatu yang baik) pun perlu mendaftar dan sijil tauliah, jadi apa yang pelik kalau berceramah agama (sesuatu yang baik) pun begitu juga.
.
Rasanya Dr Asri pun faham kan.....
.
Bak lirik Mantera Beradu
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
.
.
Tuesday, November 3, 2009
Islam moden
.
”Perlis”, saya menjawab.
.
”Eh samalah dengan saya”, balas rakan berbangsa cina itu.
.
”Kenapa dengan dia?”, tanyanya lagi.
.
”Tak pasti la. Tengok la nanti, apa cerita.” Saya menjawab.
.
”Ustaz ni baguskan. Dia perkenalkan Islam moden” kata rakan saya berbangsa cina itu.
.
Islam moden??...
.
Terusik sedikit hati saya walaupun menunjukkan muka sengih kepada rakan saya berbangsa cina itu.
.
.


